Empayar14-

   Sesuatu Untuk Dikongsi Bersama..

Text Box: Something 2 Share About Us. . .
Text Box: + Ape Cter?
Sedar xsedar skang da masuk bulan5 yang bekerja mungkin boleh menikmati gaji masig2 n bagi penanam anggur sepenuh masa semestinya menikmati satu percutian panjang yang sungguh menyeronokkan ;p lepas dapat result ari 2 masing2 da ada perancangan masing2, ada yang dah ditawarkan keluar negara, ada yang dapat matrik n intitusi2 lain tak lupa juga yang masih menunggu.. mungkin lepas ni lagi susahlah kita semua nak jumpe..
+ So?
Ha sebab tulah kitorang nak adekan gathering pada 7&8 mei ni untuk kite semua jumpe balik xkira dari generasi awal hinggalah generasi baru, kat situ kita boleh rapatkan yang jauh n kamcengkan yang dekat, tak salahkan? Rase rugilak persahabatan yang kita bina terputus macam tu je, kat sane kalo nak bleh r tukar2 no phone mane tau senang2 bleh contact, cakap panjang pun xguna kalo xdatang so terpulang r.. Ingatlah, peluang baik bukan selalu datang..
Text Box: + 5 Feb 2001
Kalau tak silap aku tarikh ni adalah tarikh bagi tingkatan1 batch14 untuk panggilan pertama, kalau silap cecepat ar gtau aku (segan siot ;p).. Aku ingat lagi masing-masing datang ngan ibubapa masing-masing untuk pendaftaran sekolah+asrama, dan saat-saat ’paling gembira’ adalah masa kereta parents meninggalkan perkarangan skool, peh paham-paham da ar ;’( dan tak lupe juge ramai yang terpakse berpindah sama ade disebabkan dapat panggilan untuk sekolah yang lebih baik mahupun sakit yang semakin menjadi-jadi (homesick).. Dan pelajar yang berkurangan bertambah semula dengan kedatangn baru palajar tingkatan 1 panggilan kedue..
Text Box: + Pejam celik..
Sedar tak sedar pekse PMR just around da corner, masing-masing dengan persiapan tersendiri, air yassin peneman diri sembahyang malam aktiviti sendiri.. Keputusan cemerlang sudahlah mesti kalau tidak sia-sia je belajar kat sini.. Tetapi apakan daya sebanyak mana usaha tetapi keputusannya tetap pada Allah, macam keputusan tertera pada slip peperiksaan masing2.. Bagi yang bagus semestinya melonjak kegembiraan dan bagi lain cukuplah sekadar berpuas hati, mungkin usaha yang dicurahkan perlu ditingkatkan pada masa akan dating. Dan seperti biasa ramailah pelajar mencari haluan masing2 samada berpindah ke SBP mahupun TEKNIk..
+ Biar betul!!
Enjoy punye enjoy tengok Spm da dekat r nak wat camne masing2 mule mencari jalan samada menyemak nota2 ringkas, mencuba soalan2 ramalan, study sampai lewat malam dan macam2 lagi. Namun terdapat segelintir juga manusia yang masih tenang menonton di bilik tv mungkin mereka sudah habis ulangkaji sejak awal2 lagi :p Dan detik menjelang peperiksaan pasti diceriakan oleh tukang2 tilik yang mempunyai soalan target, perh apa boleh buat walaupun 50:50 tetapi akibat persediaan yang kurang lengkap terpaksa mempercayai walaupun akhirnya tilikan2 itu pastinya memakan diri..
+ MERDEKA x3
Saat kertas terakhir SPM untuk kelas sains dikejutkan dengan laungan merdeka walaupun belum habis lagi sebenarnya membuatkan pegawai2 peperiksaan yang ‘tak alpa’ dengan tugasnya turut terkejut.. Turut memeriahkan suasana carutan dari ustaz yang tak tahan dengan sahutan kemerdekaan setengah jam kemudian yang berlangsung didataran mer.. Opss dataran asrama je.. Pastu bayangan rakan2 mula hilang sau persatu dan pulanglah masing2 ke pangkuan keluarga..